Lelaki mati selepas 3 hari bermain permainan di internet...







Seorang  lelaki  di  China  telah  mati  akibat  bemain  permainan  di  internet  secara  berterusan  selama  3  hari...

Lelaki  yang  tidak  dikenali  itu  berumur  30 an  dikatakan  tidak  tidur, tidak  makan  dan  kedudukannya  telah  berubah  dari  komputernya  apabila  dia  jatuh  serta  mengalami  koma  pada  petang  isnin  di  internet  cafe  di  luar  Beijing.

Menurut  Beijing  Times, lelaki  tersebut  dilapor  telah  membelanjakan  10,000 Yuan ( RM 4,666 )  untuk  permainan  internet  pada  bulan  lepas,  telah  dikejarkan  ke  klinik  berhampiran  dan  disahkan  mati  pada  masa  yang  singkat  selepas  itu.

Pihak  polis  telah  mengeluarkan  beberapa  buah  komputer  di  dalam  cafe  terbabit  dan  menjalankan  pemeriksaan  ke  atas  punca  kematian  lelaki  itu.

Dengan  lebih  dari  450  juta  pengguna  internet  di  China, permainan  online  dikatakan  sangat  popular  terutamanya  kepada  golongan  lelaki  muda.

Sumber : http://www.dailychilli.com/


ps : 'main  apa-apa  game  pun  biarlah  berpada-pada'

0 comments:

top