6 Kemisterian Dunia Kuno Yang Belum Terungkai


Selama beberapa dekad terakhir, pelombong di Afrika Selatan telah menjumpai bola-bola logam yang misteri. Asalnya tidak diketahui, bola-bola ini berdiameter sekitar satu inci atau lebih, dan ada beberapa buah terukir dengan tiga alur selari disepanjang diameter bola.

Dua jenis bola telah dijumpai: yang pertama terdiri daripada logam padat kebiruan dan bintik-bintik putih, yang lain terdapat cekungan dan mengandungi bahan putih yang kenyal. Hebatnya adalah bahawa batu dimana bola-bola tersebut dijumpai ini berasal adalah daripada era Pra-sejarah yang dan berumur kira²2,8 bilion tahun! Siapakah yang membuat bola-bola tersebut dan untuk apa tujuannya dicipta tidak diketahui sehingga kini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pada tahun 1938, sebuah ekspedisi arkeologi yang diketuai oleh Dr Chi Pu Tei pergi ke pergunungan baian-Kara-Ula, China telah membuahkan satu penemuan yang mengejutkan di beberapa gua yang kelihatan telah dihuni oleh beberapa kebudayaan kuno. Kebudayaan yang telah terkubur oleh peredaran zaman yang berada di tingkat gua terjumpai terdapatnya beratus-ratus cakera (disk stones).

Cakera² itu berdiameter sekitar sembilan inci, masing-masing mempunyai lingkaran ditengah dan terukir dengan alur spiral, dilihat oleh seluruh dunia seperti piring hitam (seperti piring muzik era P.Ramlee) yang telah berusia 10.000-12.000 tahun. Alur ulir tersebut, ternyata, terdiri daripada huruf hieroglif kecil yang menceritakan kisah-kisah yang menakjubkan tentang pesawat ruang angkasa dari dunia yg jauh yang jatuh di pergunungan tersebut.

Pesawat luar angkasa tersebut dipandu oleh orang-orang yang menyebut diri mereka Dropa, dan sisa keturunan mereka mungkin, ditemui di gua tersebut. Atau mereka mungkin sebuah puak manusia yang pernah menguasai angkasa lepas sebelum tamadun mereka dimusnahkan akibat malapetaka besar dunia dan sekitarnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Para pekerja yang sedang mencangkul dan membakar hutan di Costa Rica bagi membersihkan kawasan berkenaan untuk dijadikan ladang pisang pada tahun 1930-an terhenti oleh beberapa objek yang luar biasa: puluhan bola batu, kebanyakan bola tersebut bahkan bulat sempurna.

Saiz batu² yang terbulat sempurna itu berbeza-beza daripada yang kecil seperti bola tenis sampaika yang berdiameter 8 kaki (2.4 m) dengan berat 16 tan! Walaupun bola batu besar tersebut jelas buatan manusia, tidak diketahui siapakah yang membuatnya dan untuk tujuan apa, dan yang paling membingungkan, bagaimanakah mereka mencapai precision lingkaran bola tersebut (bulat sempurna).
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Fosil - seperti apa yang kita pelajari di sekolah, muncul dalam batuan yang terbentuk ribuan tahun yang lalu. Namun ada sejumlah fosil yang tidak masuk akal baik secara geologi mahupun sejarahnya. Sebuah fosil jejak tangan manusia misalnya, dijumpai pada batu kapur yg dianggarkan berumur 110 juta tahun. Sebuah fosil jari manusia yang ditemui di Kutub Utara, Kanada juga berumur 100-110 juta tahun.

Dan terdapat fosil jejak kaki manusia, kemungkinan sedang memakai sandal, ditemui berhampiran Delta, Utah dalam mendapan serpih yang dianggarkan berumur 300 juta - 600 juta tahun. Zaman² yang diperkatakan ini adalah zaman yang diperkirakan tiada lagi kewujudan manusia namun bukti fosil menunjukkan makhluk berupa manusia telah lama wujud dan teknologi ciptaannya juga sudah jauh lebih lama ada berbanding apa yg kita pelajari di sekolah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Manusia diperkirakan belum lagi wujud pada 65 juta tahun yang lalu, apa lagi orang-orang yang berkebolehan membuat logam. Jadi bagaimanakah ilmu pengetahuan menjelaskan tabung logam semi-bulat digali dari batu Kapur yang berusia 65 juta tahun yang ditemui di Perancis? Pada tahun 1885, sebuah bongkahan batu bara telah pecah dan ditemui logam berbentuk kubus yg jelas dibuat oleh tangan.

Pada tahun 1912, seorang pekerja kilang elektrik telah membuka satu misteri pada sebuah bongkahan besar batu bara yang kemudiannya telah jatuh sebuah periuk besi dari dalamnya! Sebuah paku dijumpai tertanam dalam sebuah bongkahan batu pasir dari Era Mesozoic. Dan masih banyak lagi, anomali / keanehan seperti diatas telah terjadi di sekitar penjuru dunia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pada awal tahun 1930an, ayah kepada Dr Javier Cabrera, Antropolog Kebudayaan Ica, Peru, mencari beratus-ratus batu untuk upacara pengebumian di makam suku kaum Inca kuno. Dr Javier Cabrera, meneruskan pekerjaan ayahnya tersebut dan telah mengumpulkan lebih daripada 1,100 batu Andesit tersebut, yang dianggarkan berusia 500-1.500 tahun dan telah dikenali sebagai Ica Stones. Batu-batuan tersebut berukiran.

Kebanyakan bergambar/bergrafik seksual, patung berhala dan yang lain menggambarkan amalan-amalan perubatan seperti operasi pembedahan jantung dan transplantasi otak. Ia adalah sebuah ukiran yang paling menakjubkan. Bagaimanapun terdapat beberapa batu yang jelas menggambarkan binatang dinosaur seperti brontosaurus, Triceratops (lihat foto), Stegosaurus dan Pterosaurus. Walaupun ada yg beranggapan Ica Stones adalah sebuah hoax/tipu daya, namun belum sesiapapun dapat membuktikannya.


Sumber : http://www.facebook.com/?ref=home#!/MisteriDanKeajaibanAlam.FakeAndFact


ps : 'tamadun  terdahulu  lebih  maju  dari  kita'

2 comments:

Farhana Jafri said...

subhanallah~~~ xprnah lagi nmpak bnda2 ni! nice entri!! suke3... sal btu yg besar tu la best... bulat sempurna... maybe ade org tu boring pastu wt batu bulat camtu then biarkn je.. kekeke :P

jemput singgah sini ANASAURUS :)

TaufiqHafiidh said...

mungkin batu besar tu guli diorang kot...hehehe

top