Sidang blogger sedunia bincang elak kontroversi






Satu persidangan bloger sedunia akan diadakan di sini bulan depan yang mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang penulis blog dijemput untuk menyampaikan ucaptama.

World Blogger and Social Media Summit 2011 itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari mulai 15 Jun.

Kemunculan Dr Mahathir adalah antara agenda utama yang disusun pada perhimpunan bloger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lepas.

Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (MyEvents) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Shahrul Hameed Dawood berkata acara tersebut juga akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelakkan berlaku kontroversi.

Beliau berkata perkara itu diberi penekanan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penulis blog adalah bebas menyuarakan pandangan masing-masing tetapi perlu ada garisan yang mengawal kebebasan itu agar ia tidak melampaui batas.

"Kita juga akan membantu penulis blog muda dalam mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Kita sudah menerima banyak permohonan dari pelbagai negara untuk menyertai perhimpunan kali ini dan kita menjangkakan penulis blog dari hampir seluruh dunia akan hadir," kata Shahrul Hameed.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes turut diundang untuk menyampaikan ceramah.





Sumber : Malaysiakini


ps : 'Kerajaan  pun  menghargai  Blogger  di  Malaysia'

0 comments:

top