Game Devil May Cry 3 menghina Islam !!!






Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini didakwa boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam dengan memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.



NONESehubungan itu, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa/i Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa pihak kerajaan dan pihak berwajib bertindak tegas ke atas perkara berkenaan.

“Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

“Jadi, saya mewakili mahasiswa/i Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci 'keadaan' permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam permainan Devil May Cry 3 itu, pemain didakyah kononnya mereka berjihad menentang syaitan dan dikehendaki menewaskan makhluk itu dengan menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam juga dikatakan tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu Kaabah.

cybercafe mpsj 091105 autosurf“Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana Kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati,” katanya.

Rohayu juga menyifatkan permainan seumpama itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila 'mempermainkan' agama Islam.

“Tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat. Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang ini (permainan itu)," katanya.


Sumber : Malaysiakini.com


ps : 'Agenda  penyembah  Syaitan'


SEBAHAGIAN duit syiling dan harta karun yang ditemui oleh kumpulan penyelam Deep Blue Marine.


SANTO DOMINGO - Kira-kira 700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik Dominica, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam.
Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.
"Kami bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden Deep Blue Marin, Randy Champion.
Kebanyakan duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan.
Menurut Champion, pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.
Bangkai kapal itu kini dipenuhi pasir dan terumbu karang. - Agensi

Sumber : Kosmo
ps : 'Harta  ni  boleh  guna  sampai  10  generasi'
top