Eksklusif: Nikah RM18 !!!





KUCHING: Serendah RM18 ! Dengan hantaran sebanyak itu lelaki dari negara ini boleh berkahwin dengan ga­­­­­­­dis negara jiran yang tinggal di kawasan Sambas, sempadan Malaysia-Indonesia melalui kegiatan dikenali sebagai 'nikah siri'. 

Kegiatan ini kebanyakannya dicari oleh lelaki yang ma­­­hu berkah­win dua, tiga atau empat, dengan meng­­­gunakan orang tengah bagi melicinkan kemasukan mereka untuk urusan perni­kahan di kampung terpencil itu.



Sumber : Berita Harian


ps : 'Murah  dan  ekspress  untuk  yang  sukakan  poligami'

Kekasih ku membalas SMS !!!



Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor

Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..

Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..

Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310

Diorng da xthan nk jumpe sngat2

Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..

Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..

Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..

Mayat julie selamat dikebumikan. .

Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..

Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..

Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..

Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..

Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki

Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..

Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..

Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..

Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...

Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..

Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia..

Jimmy semakin tidak senang duduk..

Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..

Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar

Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,

"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"

"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..

Jimmy semakin kehairanan..

Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"

Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..

Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis

Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..

Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punya

Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..

Jimmy masih x berpuas ati dan mengorek kubur Julie

Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..

Jimmy semakin hairan dan ketakutan

Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..

Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..

Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,

"awk ngah wat pe??"

Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi

"xde wat papepon..awk da smpai ke??"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"

Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."

Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...

Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...

Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga

Kerana sms tersebut berbunyi

"DIGI ADA DIMANA-MANA" hahahahahahahaha


ps : 'Liputan  semakin  luas'


Sepasang pengantin, Ali dan Siti, akan melalui malam pertamanya. Setelah acara buka hadiah selesai, sepasang pengantin ini masuk bilik. Di bilik ada lagi hadiah dari kawan kawan mereka. 

Satu persatu kotak hadiah di buka, mendadak Siti tertawa happy. 

Apa pasal? Rupanya ada sepasang kasut untuk dia... dia nak cuba pakai, ternyata kasut tu sempit. dia terus memaksa, namun sia-sia.

Ali yang melihat terus bertanya:  

Ali : "Kenapa, terlalu sempit?"  

Siti : "Iya bang, sakit ni..."  

Ali : "Saya masukkan perlahan-lahan ya?"  

Siti : "Baik bang, tapi jangan kuat kuat ya?"  

Suaminya membantu memakaikan kasut sempit itu di kaki isterinya dengan sedikit memaksa.  

Siti : "Bang, sakit bang... anunya terlalu sempit..."  

Ali : "Tahan sikit, saya cuba lagi ya?"  

Tanpa mereka sedari, orang tua mempelai perempuan, Mak Minah, pasang telinga di balik pintu kamar pengantin... rupanya ibu mempelai perempuan dah fikir lain... dia tidak tahan mendengar anak perempuanya yang mengalami kesulitan malam pertama, jadi sebagai ibu terpaksalah dia bagi sokongan dari balik pintu.  

Mak Minah: "Kenapa nak, susah masuknya?" 

Siti : "Iya maaak..."  

Ali : "Kecik sangat barangnya..."  

Mak Minah : "Coba sapu dengan air liur..."  

Ali : "Ok saya coba mak."  

Siti : "Cepatlah bang, sapu dengan air liur..." 

Dengan tergesa-gesa pengantin lelaki menyapu seluruh permukaan kaki isterinya dengan air liur. 

Ali: " Cuba masuk lagi ya sayang???"  

Siti : "Iya bang..."  

Setelah dimasukkan kaki yang disapu liur tadi ternyata dengan mudah masuk. 

Ali : "Nah... masuk pun???"  

Siti : "Iya... tapi..."  

Ali: "Kenapa, masih sakit ke?"  

Siti : "Iya, tapi taklah sakit macam tadi."  

Mak Minah: " Kan dah boleh masuk kan ? Sekarang tinggal kena goyang je." Sambil tersenyum dan dalam hatinya berkata budak budak sekarang benda macam tu pun tak tahu ?.

ps : 'Yang tak kawen lagi jangan duk fikir yang bukan-bukan'


Senarai Hotel yang dikeluarkan JAIS dan JAKIM untuk hotel-hotel yang ada di negeri Selangor.
Memang lah hotel yang tak tersenarai bukannya haram, cuma “status halal yang diragui“.
Untuk senarai hotel di negeri-negeri lain yang dah mendapat status halal, boleh check kat website JAKIM;
Cuma kalau difikirkan balik, dah mewah kan orang kita sampai boleh berbuka kat Hotel? Asalkan jangan berlebih-lebih sudah la.
Senarai Hotel Di Selangor yang mendapat sijil halal;
  1. Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang
  2. KL Airport Hotel Sdn. Bhd.
  3. Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
  4. The Summit Hotel, Subang USJ
  5. Hotel De Palma Shah Alam
  6. Hotel De Palma Ampang
  7. Hotel De Palma Sepang
  8. Hotel De Palma Kuala Selangor
  9. Hotel Holiday Villa Subang
  10. Residence Hotel UNITEN
  11. Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  12. Hotel Armada Shah Alam
  13. Hotel Concorde KLIA

Sumber : Zairul.com

ps : 'Yang  lain-lain  mesti  tak  halal, hati-hati  ye'





Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

electric bill 130608Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. 










Sumber : Malaysiakini


ps : 'kesian  kat  rakyat  Malaysia  ni'

Tayar spare yang aneh ???





* Memang  kreatif  tapi  bodoh.....tayar  kereta  sorong  yang  menjadi  pilihannya.....


ps : 'ce  buat  ce  buat'

25 Sebab Suami 'Mental' atau Tidak Waras





1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Fahrin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."


Sumber : Oh Lawak

ps : 'Boleh  masuk  Tanjung  Rambutan  ni'

Terowong Bawah Tanah Di Putrajaya


Susah hendak percaya? Tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan White House yang diduduki oleh presiden mereka. Apalah yang mustahilnya jika dilihat pada pembinaan SMART tunnel (2007), KLCC (1998), KL Tower (1996) malah Adolf Hitler juga pernah mempunyai terowong bawah tanahnya sendiri.

Putrajaya yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamed untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pada tahun 1995 telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 1999. Projek ini menelan belanja sekitar RM 21 billion.

Putrajaya menempatkan banyak pejabat-pejabat kementerian dan tidak terkecuali pejabat Perdana Menteri (PM). Putrajaya juga merupakan kediaman rasmi PM yang dinamakan Sri Perdana. Persoalannya adakah benar PMO (Prime Minister Office) mempunyai terowong bawah tanah untuk ke KLIA?

Menurut penulis laman web militaryofmalaysia.net, ketika beliau berada di PMO, dia ingin menghisap rokok sebentar, akan tetapi malangnya bangunan tersebut adalah tempat larangan merokok. Setelah itu, beliau pun menuju ke sebuah pintu yang mempunyai tanda 'EXIT' untuk merokok.

Ketika berada disitu, penulis tersebut yang berada ditingkat empat  berasa pelik mengapa terdapat anak tangga yang menuju ke bawah. Apatah lagi tangga tersebut terlalu dalam seakan-akan berpuluh tingkat. Jika terdapat parking bawah tanah pun, mustahil ianya berpuluh tingkat. Walau bagaimanapun penulis tersebut  tidak berani untuk menurun ke bawah.

Kisah kubu bawah tanah banyak dibina di White House tetapi tidak di Malaysia. Namun pada hari ini terdengar mengenai rahsia terowong bawah tanah di Putrajaya. Yang hanya diketahui umum hanyalah terowong yang menghubungkan PMR (Resident) ke PMO.

Ketika penulis tersebut menghantar saudaranya ke KLIA, beliau sempat menjalankan kajian sendiri selain berbual dengan sumber-sumbernya di situ. 

"Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri." Tulisan tangan penulis tersebut di laman web miliknya.

'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'

Mustahil bagi kerajaan Malaysia untuk membina sebuah terowong tanpa dikesan oleh satelit atau apa-apa sekalipun kerana masih tidak didedahkan kepada umum. Tetapi Malaysia telah berjaya mencipta terowong serbaguna iaitu SMART yang antara terowong tercanggih di dunia.

Seorang rakan kepada penulis ini yang pernah menyaksikan pelan pembinaan Putrajaya, menyatakan yang terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya hingga KLIA adalah benar. 

"Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan. Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini. Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya. Beliau mencabar saya satu perkara…” Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.

Putrajaya juga dikatakan dilengkapi dengan sistem radar dan meriam anti pesawat. Sesetengah tempat di Putrajaya adalah tempat zon keselamatan yang amat ketat untuk dibolosi. Meriam-meriam yang dikatakan lengkap dengan sistem elektronik dikatakan telah diletak disekitar Putrajaya.

Mengapa ada Terowong bawah tanah ke KLIA ini? Jawapannya adalah, Singapura dan Malaysia pada tahun 1988, hampir terlibat dalam kancah peperangan. Konflik dikatakan berlaku kerana Malaysia tidak mahu memberi Singapura bekalan air mentah. 


Tun Dr Mahatir Mohamed dan Lee Kuan Yew

Satu sebab mengapa Singapura benar-benar serius jika diajak berperang dengan Malaysia kerana ketenteraannya yang begitu hebat hinggakan pernah menjadi persoalan oleh sebuah akhbar Australia:

"Mengapakah Singapura begitu minat membeli sistem ketenteraan yang canggih?"


ps : 'Pemimpin  kita  memang  bijak....rakyat  yang  kena  dulu'
top