25 Sebab Suami 'Mental' atau Tidak Waras





1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Fahrin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."


Sumber : Oh Lawak

ps : 'Boleh  masuk  Tanjung  Rambutan  ni'

Terowong Bawah Tanah Di Putrajaya


Susah hendak percaya? Tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan White House yang diduduki oleh presiden mereka. Apalah yang mustahilnya jika dilihat pada pembinaan SMART tunnel (2007), KLCC (1998), KL Tower (1996) malah Adolf Hitler juga pernah mempunyai terowong bawah tanahnya sendiri.

Putrajaya yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamed untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pada tahun 1995 telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 1999. Projek ini menelan belanja sekitar RM 21 billion.

Putrajaya menempatkan banyak pejabat-pejabat kementerian dan tidak terkecuali pejabat Perdana Menteri (PM). Putrajaya juga merupakan kediaman rasmi PM yang dinamakan Sri Perdana. Persoalannya adakah benar PMO (Prime Minister Office) mempunyai terowong bawah tanah untuk ke KLIA?

Menurut penulis laman web militaryofmalaysia.net, ketika beliau berada di PMO, dia ingin menghisap rokok sebentar, akan tetapi malangnya bangunan tersebut adalah tempat larangan merokok. Setelah itu, beliau pun menuju ke sebuah pintu yang mempunyai tanda 'EXIT' untuk merokok.

Ketika berada disitu, penulis tersebut yang berada ditingkat empat  berasa pelik mengapa terdapat anak tangga yang menuju ke bawah. Apatah lagi tangga tersebut terlalu dalam seakan-akan berpuluh tingkat. Jika terdapat parking bawah tanah pun, mustahil ianya berpuluh tingkat. Walau bagaimanapun penulis tersebut  tidak berani untuk menurun ke bawah.

Kisah kubu bawah tanah banyak dibina di White House tetapi tidak di Malaysia. Namun pada hari ini terdengar mengenai rahsia terowong bawah tanah di Putrajaya. Yang hanya diketahui umum hanyalah terowong yang menghubungkan PMR (Resident) ke PMO.

Ketika penulis tersebut menghantar saudaranya ke KLIA, beliau sempat menjalankan kajian sendiri selain berbual dengan sumber-sumbernya di situ. 

"Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri." Tulisan tangan penulis tersebut di laman web miliknya.

'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'

Mustahil bagi kerajaan Malaysia untuk membina sebuah terowong tanpa dikesan oleh satelit atau apa-apa sekalipun kerana masih tidak didedahkan kepada umum. Tetapi Malaysia telah berjaya mencipta terowong serbaguna iaitu SMART yang antara terowong tercanggih di dunia.

Seorang rakan kepada penulis ini yang pernah menyaksikan pelan pembinaan Putrajaya, menyatakan yang terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya hingga KLIA adalah benar. 

"Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan. Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini. Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya. Beliau mencabar saya satu perkara…” Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.

Putrajaya juga dikatakan dilengkapi dengan sistem radar dan meriam anti pesawat. Sesetengah tempat di Putrajaya adalah tempat zon keselamatan yang amat ketat untuk dibolosi. Meriam-meriam yang dikatakan lengkap dengan sistem elektronik dikatakan telah diletak disekitar Putrajaya.

Mengapa ada Terowong bawah tanah ke KLIA ini? Jawapannya adalah, Singapura dan Malaysia pada tahun 1988, hampir terlibat dalam kancah peperangan. Konflik dikatakan berlaku kerana Malaysia tidak mahu memberi Singapura bekalan air mentah. 


Tun Dr Mahatir Mohamed dan Lee Kuan Yew

Satu sebab mengapa Singapura benar-benar serius jika diajak berperang dengan Malaysia kerana ketenteraannya yang begitu hebat hinggakan pernah menjadi persoalan oleh sebuah akhbar Australia:

"Mengapakah Singapura begitu minat membeli sistem ketenteraan yang canggih?"


ps : 'Pemimpin  kita  memang  bijak....rakyat  yang  kena  dulu'
top