Datuk Najib Razak bagi topup celcom kat aku !!!!!!




afiq_sx1@yahoo.com
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada saudara/saudari yang memberikan kerjasama dalam menyertai kajian secara online bertajuk"Tinjauan Umum Mengenai Senarai Hasrat Hati, Harapan Dan Bebanan Hidup Generasi Belia Kelompok Usia 21 Hingga 40 Tahun". Seperti yang telah dijanjikan, bersama-sama ini disertakan kod top-up bernilai RM5.00 sebagai menghargai kerjasama anda.

Celcom : 3621376189173***
Semoga anda terus memberi sokongan dan berusaha ke arah belia yang cemerlang.

"1 BELIA 1 MALAYSIA"
Layari laman web kami di www.ippbm.gov.my pelbagai maklumat berkaitan belia disediakan...

* Walaupun cuma topup RM 5.00 tapi ia juga merupakan rezeki di bulan ramadhan ni....aminnnn

ps : 'Belia penggerak kemajuan negara'


Status Facebook yang selalu kita tengok ketika bulan ramadan

                                         


Ibadah puasa sememangnya diwajibkan ke atas semua umat islam di seluruh dunia ketika dalam bulan ramadan dan tidak terkecuali juga kepada fb addict yang beragama islam....tetapi addict2 ni selalu mengepost status diorg sehinggakn aku pun boleh hafal apa aktiviti seharian diorg ketika bulan puasa ni.....ini hasil kajian aku :


waktu pagi : laparnyeeee...klu bleh makan kan besttttt

waktu tengah hari : rasa x laratnyeee bila 1st puasa ni....nak tido la

waktu petang dalam pukul 4 : x sabarnye nak pegi bazar ramadan....mesti banyak makanan sedap2 ( sambil sebut setiap jenis makanan yang ada kat malaysia ni ) 

waktu petang pukul 6 : bagitau kat fb yang dia beli makanan apa...minuman apa.....

waktu nk berbuka dah : x sabarnyeee...rasa nk makan semua makanan ni...( tapi x makan semua pn )

waktu nk terawih : x larat la sebab makan bnyak tadi....esok baru buat la ( last2 absent jugak )

waktu nk sahur : bosan ( ayat yang selalu digunakan ketika diorg bosan )


kalau nak tahu lagi lebih baik korang kaji sendiri.....

ps : 'jangan sia-siakan puasa anda'





ps : 'jaga kehormatan anda'


BEBERAPA anggota penyelamat memeriksa pesawat Caribbean Airlines yang patah dua di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan, Georgetown, Guyana kelmarin.


GEORGETOWN - Sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan Caribbean yang membawa 163 penumpang terhempas dan patah dua ketika mendarat di Guyana pada malam kelmarin.
Namun, tiada seorang pun yang mati dalam nahas itu tetapi 12 orang mengalami kecederaan.
Pesawat Boeing 737-800 itu terbabas dari landasan dan melanggar pagar selepas ia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan, Georgetown.
Pesawat itu terhenti beberapa meter dari gaung.
Menurut syarikat penerbangan tersebut, punca nahas masih belum diketahui manakala para penyiasat dari Amerika Syarikat dan Guyana telah dihantar untuk mencari kotak hitam.
Para penumpang menjerit apabila pesawat itu hilang kawalan.
"Apa yang berlaku di Georgetown adalah sesuatu yang ajaib," kata Pengerusi Caribbean Airlines, George Nochloas yang melawat kawasan kejadian.
Pesawat milik syarikat dari Trinidad dan Tobago itu tiba di sini dari New York. - Reuters
Sumber : kosmo
ps : 'bukan Georgetown kat penang la'
top